Halooooooo!

PORTA FIDEI
Welcome...

Friday, July 3, 2009

Renungan Bersama

Menanti Kedatangan Tuhan ?
Pada suatu hari Tuhan berjanji kepada seorang wanita tua bahawa dia akan datang mengunjunginya hari itu. Wanita itu berasa sangat gembira. Dia membersihkan dan mengelap serta meletakkan segalanya dengan rapi, kemudian dia duduk dan menanti kedatangan Tuhan.
Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu. Dengan tergesa-gesa, dia berlari kearah pintu lalu membuka pintu itu. Namun apa yang dilihatnya hanyalah seorang pengemis sedang berdiri.
" Tidak, bukan hari ini. Demi Tuhan pergilah. Saya sedang menanti kedatangan Tuhan sebentar lagi. Saya tidak ada masa untukmu." Dia mengusir pengemis itu lalu menutup pintu.
Beberapa ketika kemudian, pintu diketuk lagi. Sekali lagi wanita tua itu bergegas kearah pintu lalu membukanya, namun yang kelihatan hanyalah seorang tua yang miskin. " Saya sedang menunggu kedatangan Tuhan. Maaf, saya tidak mempunyai waktu untuk melayanmu," katanya sambil menghempas pintu.
Selang beberapa saat, pintu diketuk lagi. ketika ia membuka pintu tersebut berdiri seorang kanak-kanak yang kelaparan dan berpakaian lusuh, yang terus meminta sedikit roti. " Oh! pergi dari sini. saya sedang menunggu Tuhan. Saya tidak ada waktu untuk melayanmu." Kanak-kanak yang kelaparan itu berlalu pergi, dan wanita tua itu kembali duduk menunggu.
Waktu terus berlalu, dan petang pun menjelang. Namun begitu tidak ada tanda-tanda Tuhan akan datang. Wanita tua itu mula bimbang. Dimanakah Dia?
Akhirnya dia pun tidur dengan hati yang hampa. Dalam tidurnya dia bermimpi bahawa Tuhan telah datang kepadanya dan berkata, " Aku datang kepadamu tiga kali hari ini dan kamu menghalau Aku."
Sejak saat itu sesiapa saja yang mendengar cerita ini tidak pernah lagi mengusir orang dari pintu rumah mereka kerana mereka tidak tahu siapa sebenarnya yang berdiri di sana. Siapakah yang mempunyai keinginan untuk mengusir TUHAN?
-Willi Hoffsuemmer-

No comments:

Post a Comment