Halooooooo!

PORTA FIDEI
Welcome...

Monday, July 6, 2009

Apalah Nasib ?

Mahkamah tolak permohonan keluarga tuntut mayat Mohan Singh

Jul 6, 09 12:49pm
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga Mohan Singh untuk menuntut mayat pengarah seni bebas itu dari Hospital Sungai Buloh. Mohan, 41, meninggal dunia keana serangan sakit jantung pada 25 Mei lalu.Pada 4 Jun, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang mengisytiharkan Mohan beragama Islam.Kakitangan MAIS cuba menuntut mayatnya untuk dikebumikan tetapi rumah mayat Hospital Sungai Buloh enggan membenarkannya kerana Mahkamah Tinggi telah memerintahkan ia disimpan di situ sehingga ditentukan status agama Mohan.MAIS menuntut mayat Mohan kerana menurutnya pengarah seni itu telah memeluk Islam pada 1992.Bagaimanapun, keluarganya berkata, Mohan mengamalkan agama Sikh, malah telah menjalankan upacara agama itu bagi ibunya yang meninggal dunia tiga tahun lalu.Ketika dihubungi, peguam keluarganya A Rajesh Kumar berkata, anak guamnya amat kecewa apabila mendapat tahu keputusan mahkamah hari ini.Menurutnya, permohonan lisan mereka supaya pelaksanaan penghakiman tersebut ditangguhkan, telah ditolak."Keluarga tersebut terperanjat dengan keputusan berkenaan. Kami kini dalam proses memfailkan rayuan," katanya.Bagaimanapun, kata Rajesh, beliau menjangka mayat Mohan akan dikebumikan mengikut agama Islam hari ini. ( MalaysiaKini )

Fikir dalam2 sebelum bertindak menukar agama anda.....menyesal kemudian tidak berguna....keluarga pun terlibat sama susah...Tuhan sememangnya memberi kita kebebasan...tapi ingat Tuhan juga mengenal umatnya dan mengasihi umatnya.....

No comments:

Post a Comment