Halooooooo!

PORTA FIDEI
Welcome...

Wednesday, August 5, 2009

Mayat paderi ditemui di tepi jalan

MANGALORE, India: Mayat paderi Katolik ditemui di daerah terpencil dekat Mangalore, India bahagian selatan.Jasad tidak berpakaian Fr James Mukalel, 39, ditemui di tepi jalan pada Julai 30. Fr James melayani di Keuskupan Belthangady, sebuah keuskupan ritus Syro-Malabar yang berpusat dekat Mangalore di Negara Bahagian Karnataka.Fr Thomas Kannankal, pengarah pelayanan sosial keuskupan tersebut, mengatakan, pada Julai 29, paderi yang meninggal itu dalam perjalanan kembali ke parokinya setelah menghadiri pengebumian seorang umat di Paroki Thottathady, iaitu tempat beliau bertugas.Fr Kannankal menceritakan bahawa setelah menghadiri pengebumian bekas umat parokinya, Fr James mengunjungi beberapa buah keluarga, makan malam di sebuah biara, dan kembali ke kediamannya sekitar jam 9.00 malam.Beberapa umat paroki menemui mayat beliau di tepi jalan, sekitar jam 7.00 pagi pada hari berikutnya dan melaporkan hal tersebut kepada pejabat keuskupan. Polis masih menyiasat kejadian pembunuhan ini.Menurut Fr Kannankal, kematian Fr James merupakan kes pembunuhan kerana jasadnya ditemui berada jauh dari motosikalnya. Sekiranya beliau jatuh, pasti terdapat luka-luka pada tubuhnya. Sebaliknya beliau tidak mempunyai kecederaan kecuali tanda-tanda seperti mati lemas.Fr Jose Valiaparambil, vikar jeneral, menyatakan bahawa kejadian tersebut amat mengejutkan seluruh keuskupan yang ketika itu sedang mempersiapkan menyambut kongres misi pada Ogos 3 lalu. — UCAN

No comments:

Post a Comment